music
+ follow ask.fm twitter facebook instagram
Asasi Pengurusan UUM FAQ


Disini Cha compiled all answers for frequently asked/answered questions that people always asked me about daily life as UUM foundation students (i was a student from UUM foundation in management second batch 2015/2016).


ORIENTASI
  • "Orientasi macam mana? berapa hari?"
Orientasi macam biasa. Buat aktiviti, lawatan kawasan dalam universiti, akur janji, bonding activities, persembahan. Kita lupa dah😆 Tapi jangan risau! Semuanya ok! A week maximum! 



TRANSPORT
  • "Public transport jauh tak dari uum?"
Public transport untuk kawasan dalam UUM ialah bas yang disediakan universiti.

Public transport dari UUM ke luar pekan Changlun, ada dua option. 
1) kereta sapu- awak bayar pakcik/makcik/someone untuk hantar awak ke pekan atau mana mana (ada lists kawasan) 
2) kereta sewa- awak sewa kereta dari orang orang yang provide kereta sewa service dan drive sendiri. biasa harga sewa ikut berapa jam awak guna. awak boleh pergi mana mana, berapa lama asalkan awak bayar dan ada lesen memandu

From UUM ke:

Airport Alor Setar- around 2 hour

Stesen Bas Changlun- 30 minit 

Stesen KTM/ Bas Perlis- 1 jam

*based on estimation only, not accurate.

  • "Kalau saya dari negeri X berhenti dkt stesen bas, saya kena naik apa untuk sampai UUM?"
Dua option 

Teksi di stesen bas- harga RM20 

Kereta sapu- awak call someone untuk ambil awak kat stesen bas

  • "Kalau dari UUM saya nak ke stesen public transport naik apa ya?"
Biasanya kami akan naik book kereta sapu untuk ke sana. Kereta sapu boleh dikatakan main transportation kami.



CLASS 
  • "Dress code?"
Lelaki kena pakai kemeja, tie and kasut kulit everyday. Perempuan, baju kurung, blouse, kemeja, seluar slack. No t-shirt and tight clothes. Below is official UUM dress code.

  • "Exam macam mana?"
Ikut subjects. MCQ (abcd), subjective, short essays. Everything ikut subjects atau format. Takboleh nak explain banyak sebab takut kalau ada yang dah ubah hehe. 

  • "Buku macam mana?"
Buku beli dari lecturers, seniors atau kedai buku UUM di pekan Changlun tapi awak kena tanya lecturers dulu, buku apa yang kelas guna so takboleh beli awal ye hehe.

  • "Class sampai pukul berapa?"
Masa zaman Cha, kelas start 8:30 pagi sehingga 3:30 pm. Bawah contoh jadual:

  • "Susah tak study?"
Trust me, if you study and arrange your life and study schedule well, it's not hard. It's all about how you manage yourself. Everyone is different so i can't really comment about this but apa pun, tak susah tak senang sangat! How about that? Btw, mostly final exam 40% 60% course works so if you did well both, it's easy for you! Focus in the class and stop playing 24/7 without study at all. Best of luck! Trust yourself and enjoy! Don't be too stress.

  • "How about lecturers?"
Lecturers semua nya baik. Awak semua jangan risau. Depe will teach and explain things to you properly. Kalau tak faham, terus je tanya jangan malu jangan takut. Yes, faham. They explain it well, don't be afraid! The key is, always ask if you have questions because they didn't know what you didn't understand. 

  • "Kena bawa laptop ke?"
Kami dulu semua guna laptop for assignment, accounting and study syllabus slides so yes, you need to bring your laptop. 

  • "Assignment bahasa melayu ke english?"
Semua nya in English except for few subjects but 98% everything in English. Assignmens and things you will learn.

  • "Assignments group ke individu?"
Both. You have both assignment for group and individual.

  • "Satu kelas berapa orang?"
Depends, ikut batch awak total berapa. Cha rasa kelas kita dulu around ~35 (kot? lupa dah).

  • "Nak kena prepare apa?"
Prepare macam mana awak nak ke sekolah. Buku nota, fail, printer (notes boleh print di Mall UUM juga), pen, gunting. For me, dulu Cha guna foolscap paper then put it in files according to the subjects. Semua yang awak perlu so nanti takpayah lah nak beli. Also, bawak semua dokumen penting and buat copies banyak sikit. 



ROOMATE
  • "Roomate muslim and non muslim asing kan?"
Yup, diorang asingkan kebiasaannya kecuali kalau ada special case. Tapi kalau ada masalah, awak boleh rujuk kepada pejabat. 



LINE 
  • "Line Umobile/DiGi/Maxis ok tak kt sana?"
Selama Cha duduk di UUM ni, semua major line di atas ni ok. Jangan risau, semua ada service hehe. 



BILIK
  • "Iron ada?"
Takde. Universiti ni adalah langkah ke alam dewasa jadi, semua nya awak kena sediakan sendiri. Dalam bilik cuma ada meja belajar, rak buku, laci bawah katil, loker. Jadi kalau awak kena bawa iron, iron board, water heater kena bawa sendiri. 

  • "Bilik macam mana?"
Bilik UUM ok! i lost the photos :( i'll share incase i found it but i already shared on my previous blog post so, its similar.



SUKAN/ OUTDOOR
  • "Activities macam mana?"
Ikut masing-masing. Kalau awak rajin atau minat, awak boleh join sukan kolej atau UUM; futsal, hoki, golf, etc. Sometimes, pihak asasi pun ada buat activiti.

  • "Katmana nak bersukan?"
Semua peralatan untuk sukan ada disediakan di Pusat Sukan UUM. Apa yang awak perlu kebanyakkan semua ada disediakan disana. Swimming pool, running track, etc.  



If you have any other questions, feel free to ask me on twitter, email and ask.fm.
My UUM foundation in management blog post here.



skin by: Wanaseoby helped by: dollie