music
+ follow linkedin facebook instagram
Asasi Pengurusan UUM


Last updated: 25 May 2018; towards third year as bachelor of international business management student (currently sem 6) (was cohort 2/ second batch asasi uum 2015/2016). My instagram @cha_syaza 

Assalamualaikum and hi to everyone, 

wishing that you're in good condition and happy. this is me, Cha. dulu masa before cha graduate asasi uum, cha ada tulis blog post pasal asasi uum and that post got a lot of responses and reactions from people (thanks for that). so, kalini cha updated and edit semula the whole post because the old one was kinda outdated and lame lol. 

*you all will read few language tones and usage of words differences since the old one was written by me in 2015 and the updated is me in 2018 so yeah lol. 

depan sekali tu akak lah but i rarely wear glasses now

Firstly, apa yang korang nak tahu pasal asasi ni? K, bukan ada orang nak jawab so kita jawab. Benda pertama adalah UUM ni terletak di Sintok, Kedah jadi sila google map ye. Jangan lah takut, Sintok ni bukan nya scary pun. Terdapat 15 buah kampus atau asrama dalam UUM ni tapi untuk asasi pengurusan ni awak semua akan ditempat di asrama atau kampus yang sama, jadi kiranya satu batch awak semua stay dekat kampus yang sama so jangan risau pasal takde kawan atau dapat roommate pelik pelik. Pasal bilik, awak semua akan tinggal bersama seorang kawan atau kata lain nya ialah roommate awak sebab satu bilik hanya menempatkan dua pelajar sahaja jadi awak takperlu risau kalau awak tak suka bising bising. Bagi kita bilik ni memang elok lah nak di banding kan dengan other universities sebab uum ni pun dah kira lama sangat jadi nak dibandingkan dengan umur nya, uni ni memang elok. 


Okay next is, lepas tahu pasal bilik mesti nak tahu asasi ni apa kan? Tadi tu brief je sebab bagi kita bilik tu the most important thing. Program ini adalah program pra-ijazah which thats mean asasi ni setaraf dengan matrik, diploma dan STPM.

Syarat kemasukan:
a. Warganegara Malaysia (Bumiputera atau bukan) dan Antarabangsa
b.Kelayakan SPM dengan sekurang-kurangnya 5A (A+,A,A-) termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta 3 mata pelajaran berikut:
  •  Math 
  • Additional Mathematics 
  • Sejarah
  • Geografi
  • Science
  • Additional Science
  • Physics
  • Chemistry
  • Biology
  • Prinsip Akaun
  • Pengajian Keusahawanan 
  • Ekonomi Asas
  • Perdagangan
  • Lukisan Kejuruteraan
  • Kesusasteraan Melayu
  • Landskap dan Nurseri
  • Sains Pertanian
  • Reka Cipta
  • Seni Reka Tanda
  • Hiasan Dalaman Asas
  • Pendidikan Seni Visual
  • Information and Communication Technology
  • English for Science and Technology
  • Grafik Berkomputer
  • Pendidikan Islam
  • Bahasa Arab
  • Tasawwur Islam
  • Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Moral
Atau
Mendapat sekurang-kurang nya B+ untuk Bahasa Melayu dan English dan mendapat A(A+,A,A-) dalam lima subjek di atas. 

DAN

Lulus Temuduga

Itu syarat kemasukan ke program ni, pasal temuduga kita takboleh nak cakap apa sebab kita tak temuduga tapi awak boleh privately kita sebab ramai kawan kawan kita dapat temuduga ni. Kita rasa bersyukur sangat even tak dapat temuduga tapi diterima masuk sini, ketentuan tuhan. Result kita pun 6A je tapi alhamdulillah. Apa apa, jangan lupa doa and wish for the best.

Next adalah subjek apa yang awak semua akan ambil sepanjang tiga semester atau setahun ini.

Untuk sem 1 awak semua akan ambil 7subjek iaitu, 



  • The Basic Principle of Islam 
  • Introduction to Nation Building 
  • English for Basic Conversation 
  • Introduction to ICT 
  • Financial Accounting 
  • Introduction to Business Fundamental of Mathematics 


Awak semua jangan risau lah pasal subjek subjek ni semua sebab mostly kawan kawan kita datang dari pure science stream tapi diorng semua boleh je score jadi jangan risau lah. Pasal accounting pulak, lecturer akan ajar awak semua dari basic jadi sama ada awak ada basic atau tidak semua tu tak penting. Plus, ask if you didn't understand, they will help! 


Untuk sem2 pulak ambil 7subjek juga iaitu 



  • English for Conversation 
  • Introduction to Philosophy
  • Management Accounting
  • Introduction to Computer Applications
  • Basic Economics(yayy)
  • Introduction to Law
  • Fundamental of Mathematics 2



Lastly, untuk sem 3 awak akan ambil 4subjek sahaja iaitu 



  • English Advanced Learners
  • Critical Thinking
  • Philosophy of Knowledge
  • Community Development 1 (no final exam. outdoor activity)


Untuk sem 1 dan sem 2 mengambil masa 14minggu manakala sem3 cuma 7minggu sahaja. Pasal sistem pemarkahan i don't know if i can reveal this publicly but you can privately message me for the info, i'll try to help. After awak semua dah habis study dekat asasi ni then awak kena sambung kat UUM juga tau, okay ni senarai course kat UUM ni.
tertakluk kepada universiti.
Okay, itu sahaja berkaitan akademik, kalau ada soalan boleh directly contact me. Pasal orientasi awak semua jangan risau sebab uum mostly is ok tapi kalau nasib awak unlucky, then unlucky lah :( kita batch 2, fasi from batch 1 is ok and i heard that fasi from batch 2 also ok but i don't really know kids from batch 3 hehe. Macam masa kita dulu tu, orientasi kami 3hari je dan sampai pukul 11malam je jadi jangan menangis kata nak balik kena buli pulak ye. Other thing is the lecturers will help or tell you where or how to buy the books. The books are kinda expensive so work work work before masuk. 

Sekarang nak cakap pasal apa yang ada kat uum. banyak sangat benda yang awak semua boleh try dan semestinya lah kita selalu tak try sebab malas lmao tapi kawan kawan kita selalu lah try pergi semua benda ni. Firstly, uum ada go-kart :') 
sumber: google

Library kat uum ni besar gila dan bagi kita memang terbaik lol serius lah 3tingkat kot, 3 ke 4 kita lupa huhuhu ampun. Library ni boleh buat peace soul tau huhuhu k dah. Kat sini pun sebenarnya ada mall sendiri, masa awal awal kita masuk sini tapi sekarang dia dah siap! Ada bank islam, kedai baju, more kedai baju, Pizza Hut, coffee shop etc. UUM ni pun ada bas ye kalau awak rasa awak ni pemalas gila nak jalan, sekian benda penting untuk pelajar disini and it's included in your fee so kalau tak naik bas, rugi lah awak sebab dah bayar. 

Next, kat uum ni ada banyak haiwan tau. Katsini ada Pusat Ekuin untuk awak belajar menunggang kuda sendiri dan berbayar. Kat sini pun awak boleh tengok rusa, ostrich dan lain lain kalau awak suka haiwan. Pusat Sukan kat sini pun best tau, macam macam ada. Kat sini ada swimming pool saiz olimpik, ni timbalan pengarah dan semua orang orang cakap tau, kita tak tipu. Bagi awak yang suka main golf, kat sini pun ada padang golf 9lubang dan tak silap kita, pihak uni tengah upgrade lagi (not really sure about the latest news). Bagi awak yang suka challenging activities, kat sini awak pun boleh try aktiviti menembak dan memanah ye. Sebenarnya macam macam lagi ada kat uum ni. 


ni classmates akak dulu. apa pun think carefully and goodluck!

Pasal kalau awak nak keluar ke ape kat uum ada banyakkk khidmat kereta sewa (awak sewa kereta and drive sendiri) and kereta sapu (awak bayar that driver dan dia drive awak ke lokasi yang awak nak) so chill je k dan Kedah pun dah ada Aman Central untuk awak semua tapi kalau rasa taknak Aman awak pergilah Penang, 2 jam je kalau naik bas rm20 je tiketnya. Nak pergi Langkawi pun dekat jugak. Kalau ada apa apa nak tanya, boleh check kat sini, kita dah compile semua frequently answered questions atau privately contact kita jika tiada dalam list. Instagam kite @cha_syaza and my email is aunisalehan@gmail.com Nak tanya pasal Kedah ke bagi yang bukan asal dari Kedah tu, nak tanya pasal kafe atau makanan. Sekian, terima kasih.


Feel free to contact me for other informations. Best of luck!



skin by: Wanaseoby helped by: dollie