music
+ follow ask.fm facebook ask.fm instagram
You will hate it

Assalamualaikum, 
im warning you guys that this post will be annoying. I just want to continue writing and this is what i feel now. No bash, you may leave if you dont want to read it.

Pernah tak that one day you feel so lonely or sad, that one day you need someone to listen to your problem or your stories but you got no one to tell, that person did not exist, have you ? This is my story and please you may leave if you dont want to read it, im so sorry. 

Kadang kadang orang akan cakap yang kau ni attention seekers, sibuk cari kawan sibuk mintak perhatian tapi sebenarnya di pihak kau bukan tu yang kau fikirkan. Seriously post ni tiada yang di-highlightkan. Aku cuma tulis je apa yang aku terfikir. Akan ada satu masa bila seorang demi seorang kawan kau tinggalkan kau, seorang demi seorang yang kau anggap penting tinggalkan kau dan di saat itu kau hanya mampu diam and trying to make a new book with a fake smile. Orang nampak kau senyum kau ketawa tapi takde siapa tahu yang waktu malam kau menangis di bantal kau cuma bantal je saksi semua perasaan yang kau luahkan setiap hari. Sakit kau sedih kau pedih kau marah kau, kau hanya mampu diamkan kau hanya mampu beritahu bantal betapa gembira dan sedihnya kau sepanjang hari itu. Lebih perit bila kau anggap dia kawan kau, and kau rasa she/he is the one, bestfriend yang akan bersama kau but youre wrong and at the end it hurts you, so much. It will be the one day that you want to start the conversation but youre so afraid, the day will come trust me. Ya mungkin masa dulu dulu kau dan dia selalu berkongsi cerita tapi adakah dia pun rasa begitu atau dia cuma dengar sahaja untuk jaga hati kau, kau tahu ke? Sedangkan kau rasa dia lah kawan kau selamanya setiap cerita kau bagitau dia dan dia dengar tapi cuba kau fikir dia rasa begitu ke ? Dia anggap kau the real one friend ke ? Atau cuma kau saje yang bertepuk sebelah tangan. Kau jangan gelakkan aku, kau fikir percintaan je yang ada istilah ni ? Kau salah. Mungkin kau rasa kau rasa kawan, group whatsapp kau banyak, notification kau sentiasa ada tapi tu semua benar ke ? Atau sebenarnya tu semua palsu ? Lagi satu, you know what its really hurt when you had alot of friends but when you sad or down or you feel want to cry but no one you can find, its hurt so much. Dan akhirnya bantal itulah temankan kau malam tu. Lagi sakit bila dulu selalu gurau selalu chat tapi now suddenly kau taktau mana yang salah mana permulaan tiba tiba semuanya berakhir semuanya tak sama macam dulu. Kau nampak dia di social media, kau nampak, kau nak komen, kau taip tapi bila kau baca semula dan akhirnya kau padam sebab kau rasa tu semua dah tak sama dan kau fikir kau taknak ganggu dia lagi. Kau nampak dia bahagia, kau nampak dia begitu selesa dengan environment baru dia. Kau taknak ganggu dia. Dan bila kau bukak senarai chat kau, kau search kau tengok nama dia takde dalam list dan kau kena scroll kebawah bawah untuk jumpa last chat korang dan last chat korang mungkin a month ago atau the saddest part mungkin sampai dah keluar tarikh 3 months lepas atau apa apa. Bagi aku, sedih. Dan kau pun rasa kau kena mulakan langkah baru jadi kau beralih kepada kawan kau yang lain tapi nampaknya semua dah ada kawan dan at the last part cuma kau je yang seorang dan kau rasa kau mampu kau rasa kau kuat ye mungkin dihadapan semua orang ya tapi tidak bila kau seorang, jangan tipu diri sendiri. Satulagi, ye korang dh kawan lama, lama sangat. Kiranya dalam squad kau tu cuma kau dengan dia je paling lama dan kau rasa dia lah kawan kau tapi she/he got another friend another bestfriend and you take another step and move forward. Bila sampai semua waktu ni, kau akan jadi macam aku, fake, pura pura. Kau tipu diri kau, kau kata kau bahagia, kau kata dia kawan tapi di hati kau sebenarnya dia bukan the real friend for you. Mungkin ni salah aku juga, aku ramai sangat kenalan yang aku anggap kawan baik. Ya salah aku. Aku manusia yang palsu, ya . Maafkan aku. Getting through the teen years can be difficult for many. Between academics, getting into college, dating, changing family dynamics, life, being a good friend and everything in between, the teen years are often some of the hardest years around. Im not good enough, im sorry.

And lastly, aku belum ada keyakinan dalam persahabatan. Aku taksuka berkongsi rahsia. Dan jika kau rasa tu rahsia, aku masih ada berbillion rahsia yang aku tak beritahu kau. Jika kau tahu tu rahsia aku, itu hanya 1% from my life. Dan aku taksuka berkongsi cerita sedih atau segalanya, aku tak minat berkongsi tapi kalau kau sedih kau perlukan seseorang, aku boleh. Aku belum yakin. Thank you jika kau baca entry ni sampai penghujung. Aku hargai dan jangan anggap entry ni as a serious issues k. Biarkan aku. Jangan mention aku di mana mana pasal entry ni thanks. 

Sabar, benda baik selalu datang lambat.



skin by: Wanaseoby helped by: dollie